Friday, March 30, 2007

Pengenalan ICT dalam P&P

Tajuk 1 Pengenalan ICT Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Pengenalan
Penggunaan ICT membantu pelajar dalam menguasai pengetahuan yang dikehendaki dan
meningkatkan motivasi pelajar dalam Pendidikan Jasmani. Pemahaman sukatan secara lebih
jelas memberi gambaran sebenar bagaimana ICT dapat digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran secara lebih berkesan. Aspek teori dan praktikal dalam Pendidikan Jasmani
dikukuhkan lagi dengan bantuan penggunaan ICT.
Objektif Pembelajaran
Selepas mengikuti tajuk ini, pelajar dapat :
1. Menjelaskan konsep ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
2. Menggunakan intergrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
3. Menjelaskan konsep menggunakan ICT dalam pengajaran tutorial, ekploratori dan
aplikasi perisian
4. Merancang menyediakan bahan untuk membangunkan aplikasi perisian bagi mata
pelajaran PJ
ARAHAN
1. Baca dan fahami objektif tajuk ini.
2. Baca isi kandungan dengan teliti.
3. Dapatkan bahan-bahan rujukan untuk mengukuhkan lagi kefahaman.
4. Buat tugasan yang dilampirkan melalui perbincangan iaitu aktiviti 1, aktiviti 2, aktiviti 3
dan aktiviti 4.
5. Sila serahkan tugasan anda kepada pensyarah.
Teknologi Pengajaran
Definisi Briggs (1977) yang menyatakan Rancangan Pengajaran adalah seluruh proses
menganalisis keperluan dan matlamat pengajaran (apa) dan pembinaan satu sistem
penyampaian untuk memenuhi keperluan berkenaan.
Richey (1986) mendefinisikan Rancangan Pengajaran sebagai sains untuk mencipta spesifikasi
pengajaran yang terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu
keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pembelajaran tidak kira kecil atau
besar dalam sesuatu mata pelajaran. Rancangan pengajaran mencakupi seluruh proses
pengajaran iaitu rekabentuk, bina, nilai dan pengurus pembelajaran.
Reka bentuk pengajaran merupakan pelan atau prosedur keseluruhan yang digunakan oleh
seseorang guru untuk menyampaikan pelajaran kepada pelajar. Terdapat banyak rekabentuk
yang digunakan di dalam Pengajaran Pendidikan Jasmani (Dowell, 1975, Gallahue, 1993,
Pangrazi dan Dauer, 1992)
Duffy dan Jonassen (1991) pula berpendapat bahawa Rancangan Mengajar adalah satu
andaian yang dibuat oleh pereka pengajaran tentang pelajaran dan proses pembelajaran untuk
mengenalpasti matlamat pengajaran, tentang pengembangan dan pembinaan bahan
pengajaran yang relevan atau berkaitan dengan matlamat pengajaran dan tentang pemilihan
atau pembinaan suatu pendekatan untuk menyampaikan bahan yang dihasilkan.
Integrasi ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Penglibatan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran secara tidak terancang akan hanya
mengundang kegagalan. Dalam konteks penggunaan ICT ini, tiada satu cara pun yang boleh
dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan oleh guru atau murid.
Pendekatan yang terbaik ialah jika penggunaannya sesuai dengan keperluan murid serta dapat
membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah.
Bagaimana saya boleh mengaplikasikan kemahiran ICT untuk
mengukuhkan lagi teknik hantaran dalam bola baling kepada pelajar ?
Integrasi ICT Dalam Pembelajaran Tutorial
Pembelajaran tutorial apabila digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran
berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini merangkumi :
1. Pembelajaran Eksploratori
2. Demonstrasi sesuatu fenomena yang akan ditunjukkan dan dikawal secara urutan.
3. Latihan atau latihtubi yand disampai dan dikawal oleh sistem.
Bagaimana ICT Digunakan Untuk Pembelajaran Tutorial ?
1. Adakah ia digunakan oleh pelajar atau murid dalam bentuk Web Based atau CD- ROM
Based.
2. Setiap perisian pendidikan mengandungi satu atau lebih daripada komponen berikut;
• Mempersembahkan maklumat
• Membimbing
• Memberi latihan
• Menilai pencapaian
Clack dan Sun (1996) menyatakan Perisian Pendidikan dalam pembelajaran tutorial
direkabentuk berdasarkan kepada model tradisional Pengajaran dan Pembelajaran. Model
transmisi yang melibatkan guru sebagai penyampai maklumat dan murid sebagai penerima
maklumat. Perisian pendidikan seperti ini lebih mudah diadaptasikan oleh guru.
Walau bagaimanapun anda perlu berhati-hati dalam melaksanakan pendekatan ini kerana :
1. Mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga.
2. Menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif.
3. Menjuruskan kearah penyalahgunaan kemudahan ICT.
4. Mengakibatkan lebih banyak masa diperlukan oleh pelajar untuk mempelajari sesuatu.
Perkara yang perlu diambil perhatian oleh guru untuk dipertimbangkan
1. Perisian ICT yang sesuai untuk digunakan
2. Ada kemahiran mengendalikan peralatan ICT
3. Penggunaan ICT dapat membantu pelajar dan menguasai pengetahuan yang
dikehendaki
4. Kaji perisian pendidikan yang sedia ada sebagai panduan guru.
Apakah situasi yang sesuai untuk mengunakan pendekatan ini ?
Kelas yang mengandungi murid yang ramai dengan kemampuan pelajaran yang berbeza.
Dalam situasi ini guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian yang lain menggunakan
komputer. Guru terpaksa bertugas di luar dan kelas diselia oleh guru ganti. Dalam situasi ini
guru tersebut boleh merancang pembelajaran menggunakan komputer.
Terdapat murid sukar mengikuti pengajaran guru. Dalam situasi ini guru boleh menggunakan
perisian khusus untuk pemulihan. Terdapat murid cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan.
Dalam situasi ini perisian pendidikan yang mencabar minda boleh diberikan kepada mereka.
Apa Kelebihan Menggunakan ICT
1. Dapat mengindividukan pembelajaran (kendiri).
2. Murid belajar mengikut kemampuan sendiri.
3. Meningkatkan motivasi.
4. Boleh belajar tanpa penyeliaan atau dengan penyeliaan yang minimum.
Anda boleh melawat laman web ini untuk mendapat maklumat-maklumat mengenai
kemahiran olahraga ;
http://sportsvl.com/
http://www.coacheseducation.com/horiz/lj1/
http://www.brianmac.demon.co.uk/hurdles/index.htm
http://www.everythingtrackandfield.com/catalog/matriarch/MultiPiecePage.asp_
Q_PageID_E_132_A_PageName_E_ShotPutMainPage
Tugasan kumpulan :
Setiap kumpulan dikehendaki mencari sekurang-kurangnya 10 website yang
membincangkan mengenai kemahiran olahraga. Bahan tersebut hendaklah meliputi
bahan bercetak, gambar dan clip vedio. Setiap tugasan mestilah dihantar kepada
saya selewat-lewatnya pada 1 Februari 2007.
Integrasi ICT Dalam Pembelajaran Exploratori
Apakah maksud ICT untuk pembelajaran exploratori ?
Penggunaan ICT untuk pembelajaran exploratori atau penerokaan berlaku apabila ICT
digunakan sebagai medium untuk :
1. Mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dll.
2. Mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi.
3. Melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.
Contohnya melihat urutan teknik lompatan lompat tinggi
Dalam pembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang
diterima melalui ICT. Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial dimana murid hanya menerima
bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem.
Bagaimana ICT Diguna Untuk Pembelajaran Penerokaan
Pendekatan ini serasi dan menyokong pendekatan konstruktivism iaitu teori pembelajaran yang
memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran
yang autentik, pengetahuan melalui interaksi sosial.
Selain daripada mengakses maklumat terus daripada internet, guru juga boleh menggunakan
maklumat yang disimpan di dalam CD-ROM seperti Ensaiklopedia, pengkalan data dan lain-lain
maklumat yang boleh diperolehi di pasaran. Guru perlu mengawal masa kerana pembelajaran
penerokaan mungkin memakan masa yang lama.
Contoh soalan penerokaan :
Bezakan teknik lontar peluru gaya Perry O’Brian dengan teknik lontaran gaya lunsur. Anda
perlu mendapatkan sumber dari internet untuk menjelaskan perbezaan ini.
Apa situasi yang sesuai untuk menggunakan pendekatan ini ?
ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi :
1. Pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan
2. Pembelajaran yang menjuruskan kepada penyelesaian masalahan kehidupan sebenar.
3. Aktiviti yang berkaitan Kajian Masa Depan.
4. Aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi.
Apa kelebihan menggunakan ICT untuk pembelajaran penerokaan ?
1. Memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran
masing-masing.
2. Mendorong murid terlibat secara aktif dalam pembelajaran.
3. Memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.
4. Memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti
konstruktivism, ‘multiple intelligence’ dan lain-lain.
Integrasi ICT Sebagai Alat Aplikasi
Apa maksud ICT sebagai alat aplikasi ?
ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugas
pembelajaran, bukan sebagai mekanisme penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran
semata-mata.
Contohnya penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemprosesan perkataan oleh murid
dalam menghasilkan karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot
graf.
Perisian aplikasi khusus seperti editor grafik Computer Aided Design (CAD), Photoshop,
Micromedia Flash dan lain-lain juga termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan
untuk membantu murid melaksanakan aktiviti pembelajaran.
Bagaimana Guna ICT Sebagai Alat Aplikasi ?
Di kalangan guru, ada yang beranggapan penggunaan ICT dalam konteks di atas telah
dipenuhi bila muridnya menyediakan karangan dengan menggunakan pemproses perkataan
(seperti Microsoft Word). Penggunaan seperti ini tidak menyokong mana-mana falsafah
pendidikan sebaliknya komputer dan pemproses perkataan hanya diguna seperti mesin taip
sahaja. Bagaimanapun apabila sekumpulan pelajar berbincang, mengedit dan mengolah
kandungan karangan dengan bantuan pemproses perkataan dan mempersembahkan hasil
karangan ini, barulah boleh dikatakan ICT telah digunakan secara yang bermanfaat.
Situasi ini turut mengembangkan pengoperasian teori pembelajaran sosio-budaya yang
menyatakan budaya atau persekitaran sosial turut membantu pembelajaran, murid saling
mempelajari dan membantu sesama mereka membangunkan kemahiran kognitif, metakognitif,
bertutur dan berkerjasama (Brown, 2994; Perkins, 1992; Mclnerney & Mclnerney, 1998).
Dengan bantuan aplikasi-aplikasi ini, murid akan dapat memberikan tumpuan melakukan aktiviti
pembelajaran yang autentik. Katakan dalam satu eksperimen yang telah dilakukan, murid perlu
mengkaji perkaitan antara dua pembolehubah. Mungkin banyak graf perlu diplot supaya
perkaitan antara dua pembolehubah ini dapat dilihat. Tugas memplot graf-graf ini mungkin
memesongkan tumpuan murid daripada perkara yang lebih penting. Dalam hal ini, perisian
aplikasi yang sesuai (seperti Microsoft Excel) boleh digunakan untuk membantu murid membina
graf-graf yang diperlukan itu, sementara perhatian mereka ditumpukan untuk melihat perkaitan
antara dua pembolehubah tersebut.
Satu lagi situasi ialah seorang murid (dalam apa jua subjek yang berkaitan) mungkin perlu
mengklasifikasikan dan menyisih data yang banyak untuk melihat sesuatu trenda dalam data
itu. ICT ialah alat yang ideal untuk diguna untuk tugas yang tidak autenik (iaitu
mengklasifikasikan dan menyisih data yang banyak) manakala murid itu boleh menumpukan
sepenuh perhatian kepada tugas yang autentik (iaitu melihat dan memikirkan berkenaan trenda
yang ada dalam data itu).
Apa kelebihan Menggunakan ICT sebagai Alat Aplikasi ?
1. Murid boleh memberikan tumpuan semasa melakukan aktiviti pembelajaran yang
autentik
2. guru boleh mengemuka masalah yang lebih mencabar minda pelajar
3. murid dapat meningkatkan kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran
Integrasi ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi
Apa maksud ICT sebagai alat pemudah Komunikasi ?
ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk membolehkan murid dan
guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang
pelbagai bentuk. Kemajuan ICT pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam
pelbagai mod seperti berikut :
• Teks
• Grafik
• Audio
• Video
• Kombinasi pelbagai mod
Bagaimana menggunakan ICT sebagai alat komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
1. Teknik seorang-sendirian
2. Teknik seorang kepada seorang
3. Teknik seorang kepada ramai
4. Teknik ramai kepada ramai
Aktiviti 1 : Amalan Pedagogi
Masakini Kementerian menggalakkan semua guru menggunakan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran supaya pelajar mendapat hasil pembelajaran yang lebih berkesan.
Bincangkan secara berpasangan cabaran yang anda akan hadapi mengenai penggunaan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Pendidikan Jasmani.
Senaraikan hasil perbincangan di bawah ini
Aktiviti 2 : Amalan Pedagogi
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran hanya diperkenalkan pada pertengahan
90’an di negara kita. Ini berdasarkan pihak kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan makmal
komputer di sekolah dan maktab. Walaupun begitu masih terdapat sebilangan guru
menggunakan kaedah tradisi dalam pengajaran dan pembelajarannya.
Bincangkan dalam kumpulan dan senaraikan perbandingan antara pengajaran dan
pembelajaran menggunakan kaedah tradisi dan pengajaran dan pembelajaran berbentuk ICT.
P & P Tradisi P & P Berbentuk ICT
Persamaan
Perbezaan
Aktiviti 3 : Amalan Pedagogi
Kadangkala sesuatu perkara itu kita terfikir amat sukar untuk dilaksanakan dan menyebabkan
kita tidak berminat untuk mencubanya. Istilah "Belum cuba belum tahu" boleh digunakan untuk
melakukan sesuatu perkara yang difikirkan baik.
Bincangkan secara sumbangsaran selama 10 minit, masalah yang akan dihadapi apabila
menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan cadangkan untuk mengatasinya.
Senaraikan masalah yang dihadapi
Senaraikan cara mengatasinya
Aktiviti 4 : Merancang Pembinaan Bahan P & P Menggunakan ICT
Anda hendaklah menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran
Pendidikan Jasmani supaya pengajaran anda lebih berkesan dan berjaya. Untuk memenuhi
kehendak ini, pilih salah satu tajuk yang terdapat dalam kurikulum Pendidikan Jasmani untuk
pengajaran selama 2 waktu (1 jam).
Bincangkan tajuk yang sesuai dan isikan maklumat tersebut
Panduan Merancang Bahan P & P
Mata pelajaran :
Ting/Darjah/Semester :
Tajuk :
Pengatahuan/kemahiran :
Objektif pengajaran dan pembelajaran
Kandungan bahan
Kandungan bahan yang dicari menggunakan enjin pencari
Kandungan bahan yang dicari melalui sumber rujukan (nota, buku, majalah, akhbar, jurnal atau
CD-ROM)

1 comment:

anasyhh said...

thanks..
very good for my information on my study in education..
hope u can further the other information more on your blog..
nice meeting ya entry..blog..